Drama Shakira (2022)

Drama Shakira (2022). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Pelakon Shukri Yahaya, Janna Nick, Khai Bahar, Syerinie Myra, Nada Nursyuhada, Wan Raja, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin, Edika Yusof, Melissa Wafa, Ikhwan Khairudin, Wan Nor Azlin dan ramai lagi..

Drama Shakira (2022)

Drama Shakira (2022)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Episod :  28
Tarikh Tayangan : 5 Januari 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Wiranusa Corporation

 

Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Shakira
Shukri Yahaya sebagai Amir
Khai Bahar sebagai Irdi
Nada Nursyuhada sebagai Hanisah
Marisa Yasmin sebagai Makcik Aida
Wan Raja sebagai Zakuan
Syerinie Myra sebagai Anita

 

LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini..

Drama Shakira (2022) 

Sinopsis

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka.

Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida.

Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan.

Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar).

Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya.

Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri.

Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu.

 

Teaser

Berikut dikongsikan teaser drama ini..

Note:

Bagi yang meminati dunia kpop, support KoreaMalay untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi..

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *