Drama Jangan Menangis Cinta

Drama Jangan Menangis Cinta. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Pelakon Remy Ishak, Amyra Rosli, Halim Radzi, Rita Nadira, Khaty Azian, Fadilah Mansor, Ku Fridah dan ramai lagi..

Drama Jangan Menangis Cinta

Drama Jangan Menangis Cinta

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Episod :  40
Tarikh Tayangan : Mac 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : Astro Ria
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : SR One Sdn Bhd

 

Watak Pelakon
Remy Ishak sebagai Zafran
Amyra Rosli sebagai Riyana
Halim Radzi sebagai Hariz
Rita Nadira sebagai Dina
Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
Atilia Haron sebagai Amirah
Hawra sebagai Cinta Aryana
Hilal Azman sebagai Pak Nordin

 

LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini..

 

Sinopsis

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

 

Teaser

Berikut dikongsikan teaser drama ini..

Note:

Bagi yang meminati dunia kpop, support KoreaMalay untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *