Drama 28 Hari Mencari Cinta

Drama 28 Hari Mencari Cinta. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Pelakon Aiman Hakim, Hannah Delisha, Muaz Fitri, Elly Arifin, Ameerul Asyraf, Fiza Thomas, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Aishah Atan, Azman Jantan, Khaty Azian, Roy Azman dan ramai lagi..

Drama 28 Hari Mencari Cinta

Drama 28 Hari Mencari Cinta

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Episod :  15
Tarikh Tayangan : 23 Disember 2021
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Ng Ken Kin
Produksi : Orangetree Production Sdn Bhd

 

Watak Pelakon
Aiman Hakim Ridza sebagai Faisal
Hannah Delisha sebagai Saleha
Muaz Fitri sebagai Nasir
Elly Arifin sebagai Airin
Ameerul Asyraf sebagai Danial
Fiza Thomas sebagai Intan
Aleza Shadan sebagai Puan Maria
Rahim Jailani sebagai Encik Rahmat
Roy Azman sebagai Encik Malik
Aishah Atan sebagai Fauziah
Azman Jantan sebagai Fuad
Khaty Azian sebagai Asmira

 

LAGU TEMA / OST
Graviti – Amir Mirza
Lirik: Iqie Hugh, John Jeeves, Omar K
Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves, Omar K

 

Sinopsis

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Faisal (Aiman Hakim Ridza) memiliki podcast sendiri dan bercita-cita ingin melebarkan sayapnya ke luar negara bagi menguji kebolehannya sebagai penyampai radio. Bagi Faisal, apa yang dicari adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. Namun, satu perkara yang Faisal tidak boleh lupakan ialah cinta pertamanya dengan Saleha yang mempunyai ciri-ciri gadis yang diinginkan. Faisal tidak tahu kenapa mereka berpisah secara tiba-tiba. Saleha telah meninggalkan dia tanpa sebab dan tidak dapat dijejaki sehingga kini.

Saleha (Hannah Delisha) pula meneruskan kehidupannya sebagai perancang kewangan di sebuah syarikat swasta kerana tidak berminat untuk bekerja di syarikat milik ayahnya, Encik Rahmat. Saleha ingin berdikari dan tidak mahu mengharapkan kesenangan hidup yang diberikan oleh ayahnya. Saleha bertunang dengan Danial (Ameerul Asyraf) atas kehendak Encik Rahmat. Saleha tidak menyukai sikap Danial yang suka berfoya-foya tetapi Encik Rahmat sering memuji Danial yang menjadi harapannya untuk terus memacukan perniagaannya ke peringkat global. Saleha tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan sebenar yang bakal menghampakan ayahnya.

Dalam keadaan itu, Saleha teringat pada Faisal, cinta pertamanya yang dianggap sebagai seorang lelaki dungu yang selalu membuat kesilapan malah sering kali mengulanginya. Lelaki itu jugalah telah mengunci hatinya untuk mencintai dan mengharapkan agar satu hari nanti takdir akan menemukan mereka berdua.

Podcast Faisal yang diberikan nama Love Barista membincangkan tentang kisah cinta, memberi petua untuk mencari cinta dan juga menyelesaikan masalah cinta. Podcast Faisal mendapat sambutan ramai sehingga ada kawan-kawan Saleha yang tularkan podcast itu dan ini membuatkan Saleha ingin tahu apa yang menariknya tentang podcast itu.

Takdir menemukan kembali Faisal dan Saleha. Dalam masa yang sama, Faisal mendapat tawaran kerja sebagai DJ di Australia. Dia harus berada di sana dalam masa 28 Hari. Di sinilah bermula syarat yang diberikan oleh Saleha kepada Faisal iaitu 28 hari mencari cinta untuk kembali berkasih. Faisal perlu mencari kesilapan dia dalam hubungan mereka dulu dalam tempoh 28 hari sahaja. Bagaimana pula dengan Airin yang menagihkan cinta daripada Faisal? Apakah bakal berlaku dengan hubungan Saleha dan tunangnya Danial? Adakah Faisal dan Saleha boleh kembali bahagia bersama?

 

Teaser

Berikut dikongsikan teaser drama ini..

Note:

Bagi yang meminati dunia kpop, support KoreaMalay untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi..

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *