Menarik Di ‘Astro First’ Filem Petaka (2021)

Menarik Di ‘Astro First’ Filem Petaka (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria tidak lama lagi. Apakah filem itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Filem Petaka yang bergenre keluarga dan harta pusaka pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. filem ini dilakonkan oleh Azman Ahmad, Nabila Huda, PU Azman, Jaja Iliyes, Wan Maimunah Aziz, Zali Shuhali, Danish Daniel (Coki) dan ramai lagi..

Filem Petaka

Menarik Di ‘Astro First’ Filem Petaka (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Filem : Petaka
Episod : 1 Episod
Tarikh Tayangan : 4 Februari – 5 May 2021
Waktu Siaran : Astro First
Saluran : Astro First
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production & AA Success Pictures
Pelakon : Azman Ahmad, Nabila Huda, PU Azman, Jaja Iliyes, Wan Maimunah Aziz, Zali Shuhali, Danish Daniel (Coki)

 

Watak Pelakon
Azman Ahmad sebagai Sham
Nabila Huda sebagai Ima
PU Azman sebagai Haziq
Jaja Iliyes sebagai Shikin
Danish Daniel sebagai Coki
Zali Shuhali sebagai Zamri

 

LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini nanti

Filem Petaka

Sinopsis Filem Petaka

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan kemiskinan hidup keluarga Sham selepas kematian ayahnya. Ibunya menderita sakit kaki, manakala adiknya, Syikin tidak mampu ke sekolah kerana kekangan kewangan.

Sham bekerja keras melakukan kerja-kerja kampung bukan sahaja untuk menyara keluarganya malah demi memenuhi hasrat hati bagi menebus balik rumah pusaka yang sebelum ini terpaksa dijual kerana kemiskinan.

Kedaifan keluarganya berubah secara drastik apabila Sham menerima tawaran bekerja sebagai pemandu lori barang di kedai perabot Haziq. Tugasnya hanya mengambil dan menghantar barangan perabot dari sempadan Thailand ke kedai Haziq di Alor Setar. Haziq bekerja di bawah Datuk Jamil.

Upah yang diterimanya cukup lumayan buat seorang pemandu lori. Walaupun terdetik di hatinya tentang upah itu, namun Sham teruskan juga pekerjaan tersebut selepas percaya kepada Haziq. Sehinggalah Sham dapat menebus semula rumah pusaka arwah ayahnya.

Pekerja Haziq, Ima menasihati Sham supaya berhenti daripada pekerjaan itu tanpa mengesyaki apa-apa. Bagaimanapun upah yang diterimanya semakin banyak dan membuatkan Sham mula tertanya-tanya.

Pesan Haziq supaya dia tidak banyak bertanya dan tengok barang yang dibawanya itu tidak diendahkan. Sham terkejut kerana baru sedar selama ini dia menjadi tukang hantar barang terlarang. Sham tidak tahu yang dia adalah keldai dadah kepada Datuk Jamil.

Petaka hidup Sham semakin hebat apabila dia gagal menghantar barang Datuk Jamil serta menghilangkannya. Bukan sahaja Sham, konco-konco Datuk Jamil yang diketuai oleh Zamri turut membelasah ibu Sham dan Syikin. Ibu mereka mati dibunuh.

Zamri semakin liar apabila meletupkan Sham di dalam sebuah kereta. Apakah nasib Sham dan Syikin? Semuanya dalam Petaka, sebuah kisah kekeluargaan, kemasyarakatan, kedaifan dan kenaifan

 

Tonton Online Filem Petaka Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Filem Petaka

Teaser Filem Petaka

Berikut dikongsikan teaser filem tersebut, saksikan.

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan filem ini bermula 4 Februari – 5 May 2021 di Astro First..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *