Menarik Di ‘TV3’ Drama Melastik Ke Hatimu (2021)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Melastik Ke Hatimu (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Melastik Ke Hatimu yang bergenre romantik dan cinta pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Cassia Iman dan ramai lagi..

Drama Melastik Ke Hatimu

Menarik Di ‘TV3’ Drama Melastik Ke Hatimu (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Melastik Ke Hatimu
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Januari 2021
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : OrangeTree Production Sdn Bhd
Pelakon : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Cassia Iman

 

Watak Pelakon
Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Janna Nick sebagai Haura
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
Idzham Ismail sebagai Luqman

LAGU TEMA / OST
Pencinta Setiamu – Usop

Drama Melastik Ke Hatimu

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan Haura, seorang pekerja kilang yang memiliki perangai gila-gila dan suka mengunyah chewing gum. Di kilang itu, Haura selalu bergaduh dengan Natasya yang asyik tidak berpuas hati dengannya.

Mereka ibarat ‘gangster-gangster’ kilang itu. Haura bercinta dengan Naim namun begitu mereka mendapat halangan daripada Mak Limah kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya.

Haura kerap kali dating dengan Naim selepas waktu kerja dan Faida, kakak sulung Haura akan menjadi mangsa untuk coverline Haura depan Mak Limah dengan mengatakan Haura buat over time dan akan pulang lewat.

Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja, sudah lama menaruh hati kepada Haura.
Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja.

Ziyyad digelar ‘kayu cengal’ oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam.

Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim.

Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

 

Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Melastik Ke Hatimu

Teaser Drama Melastik Ke Hatimu

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan.

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 21 Januari 2021, Isnin-Khamis, 10:00 malam selama  15 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *