Menarik Di ‘TV3’ Drama Misteri Mona (2020)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Misteri Mona (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Misteri Mona yang bergenre keluarga dan mistik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Zarynn Min, Zizan Nin, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim, Azhar Amir, Jeff Saly, Elly Suhail, Badsham Harun dan ramai lagi..

Drama Misteri Mona

Menarik Di ‘TV3’ Drama Misteri Mona (2020)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Misteri Mona
Episod : 8 Episod
Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd
Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Zarynn Min, Zizan Nin, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim, Azhar Amir, Jeff Saly, Elly Suhail, Badsham Harun

 

Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Elisha Sandha sebagai Farah
Zarynn Min sebagai Laila
Zizan Nin sebagai Razlan
Ainin Batrisya sebagai Anom
Duerra Mitilda sebagai Mona
Syed Irfan sebagai Fahmi
Alif Hadi sebagai Shawn
Amir Rahim sebagai Dr Uwais
Syafi Tee sebagai Ikmal
Azhar Amir sebagai Tuan Jamal
Jeff Saly sebagai Jali
Elly Suhail sebagai Shima
Badsham Harun sebagai Malik

LAGU TEMA / OST
Suatu Pernah – Fynn Jamal
Misteri – Openg

Drama Misteri Mona

Sinopsis Drama Misteri Mona

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik.

Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu.

Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian.

Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Tonton Online Drama Misteri Mona Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Misteri Mona

Teaser Drama Misteri Mona

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 10 Disember 2020, Isnin-Khamis, 10:00 malam selama 8 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *