Drama Katakan Pada Dia

Drama Katakan Pada Dia. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di TV2 (RTM) tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Pelakon Izzue Islam, Nina Kho Siew Ching, Silfeny Osman, Meor Mohd, Jasmine Ashraff, Jesse Lim, Janet Khoo, Shazia Rozaini, Chia, Amyza Aznan, Jasmin Hamid, Badrul Muhayat dan ramai lagi..

Drama Katakan Pada Dia

Drama Katakan Pada Dia

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Episod :  26
Tarikh Tayangan : –
Waktu Siaran : –
Saluran : TV2 (RTM)
Pengarah : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi : KalamAriff Holdings SB

 

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Johan
Nina Kho sebagai Yoke Lin
Silfeny Osman sebagai Sakinah
Meor Mohd sebagai Ikhwan
Shazia Rozaini sebagai Haslina
Jasmine Ashraff sebagai Badariah

 

LAGU TEMA / OST
akan dikemaskini..

 

Sinopsis

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan tentang kegigihan dan ketabahan hati Yoke Lin, seorang gadis remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.

Dalam penantian menunggu keputusan itu, Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ‘ Keris Pusaka’ yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya.

Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi mendapat sokongan daripada Encik Phang (yang bersikap terbuka), Sakinah, Aida, Mona dan sebagainya.

Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum.

Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu.

Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu.

 

Teaser

Berikut dikongsikan teaser drama ini..

Note:

Bagi yang meminati dunia kpop, support KoreaMalay untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi..

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *