Drama Cukup Derita Itu Musim 2

Drama Cukup Derita Itu Musim 2. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Pelakon Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Lia Natalia, Didie Alias dan ramai lagi..

Drama Cukup Derita Itu Musim 2

Drama Cukup Derita Itu Musim 2

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Episod :  20
Tarikh Tayangan : 15 November 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : SR One Sdn Bhd

 

Watak Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
Ruhainies sebagai Ellani
Chacha Maembong sebagai Ellana
Lia Natalia sebagai Salwa
Didie Alias sebagai Mak Yek
Dian P Ramlee sebagai Mak Long
Rosnah Johari sebagai Datin Mahani
Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis
Jasmin Hamid sebagai Mak Gayah
Sera Melissa sebagai Ayu
Mubarak Majid sebagai Mat Terup
Fahrin Ahmad sebagai Fariz
Farhan Asri sebagai Amirul

 

LAGU TEMA / OST
Cukup Derita Itu – Siti Nordiana
Pergilah Derita – Asfan Shah & Lia Aziz

 

Sinopsis

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies Farehah) dan Ellana (Chacha Maembong) yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid).

Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid), seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan itu berlangsung.

Zarul hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.

Namun, demi kebahagiaan Datin Mahani (Rosnah Johari) yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka.

Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

 

Teaser

Berikut dikongsikan teaser drama ini..

Note:

Bagi yang meminati dunia kpop, support KoreaMalay untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi..

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *