Drama Semanis Senyumanmu (2021)

Drama Semanis Senyumanmu (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Pelakon Aiman Hakim, Daiyan Trisha, Aqilah Abas, Mia Deen, Shekeen Waida, Adib Azlan, Shyrim Husni, Abbas Mahmood, Akhmal Nazri, Zahirah Macwilson, Awie, Zoul Muhammad, Thaqif Zohiri, Adib Fikri, Lokman Hakim, Afif Mikhail, Sofea Ace, Rozuki, AG Aziz, Rashimah, Muhammad Nur Iman dan ramai lagi..

Drama Semanis Senyumanmu

Drama Semanis Senyumanmu (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Semanis Senyumanmu
Episod :  16
Tarikh Tayangan : 7 Oktober 2021
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:30 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Faizul Jais
Produksi : Parallax Pictures

 

Watak Pelakon
Aiman Hakim sebagai Chef Azim
Daiyan Trisha sebagai Azra
Shyrim Husni sebagai Naufal
Shekeen Waida sebagai Azreen
Adib Azlan sebagai Fariz
Mia Deen sebagai Nisa
Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
Thaqif sebagai Chef Ali
Adib Fikri sebagai Chef Fik

 

LAGU TEMA / OST
Kalau Kau Rindu – Luqman Podolski
Thinking Bout Us – Daiyan Trisha

Drama Semanis Senyumanmu

Sinopsis

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan tentang Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan makanan hasil masakannya selalu mendapat pujian. Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan pelanggan tersebut perasan bagus.

Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.

Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.

Suatu hari, Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Azim turut mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya. Adakah Azim akan bersetuju dengan tawaran tersebut dan berbaik dengan Azra?

 

Drama Semanis Senyumanmu

Teaser

Berikut dikongsikan teaser drama ini..

Note:

Bagi yang meminati dunia kpop, support KoreaMalay untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *