Drama Mr Bibik (2021)

Drama Mr Bibik (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Pelakon Saharul Ridzwan, Zara Zya, Fatin Afeefa, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Roy Azman, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Anne Abdullah, Sefik dan ramai lagi..

Drama Drama Mr Bibik (2021)

Drama Mr Bibik (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Mr Bibik
Episod :  20
Tarikh Tayangan : 29 Oktober 2021
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Saphire Screen Sdn.Bhd

 

Watak Pelakon
Saharul Ridzwan sebagai Firas Iman
Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa

 

LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini..

Drama Drama Mr Bibik (2021)

Sinopsis

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu.

Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.

Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.

 

Drama Drama Mr Bibik (2021)

Teaser

Berikut dikongsikan teaser drama ini..

Note:

Bagi yang meminati dunia kpop, support KoreaMalay untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi..

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *