Menarik Di ‘TV3’ Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam yang bergenre romantik dan komedi pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim dan ramai lagi..

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Menarik Di ‘TV3’ Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Romantika 4 Hari 3 Malam
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 10 Mac 2021
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Pelakon : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim

Watak Pelakon
Amelia Henderson sebagai Lana Analia
Sean Lee sebagai Amar
Syafi Tee sebagai Hisham
Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
Wafariena sebagai Raina
Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina
Daniesh Suffian sebagai Baim
Dottie sebagai Zeti
Izzendra sebagai Azlinda
Jesse Lim sebagai Encik Masri
Aida Aris sebagai Cik Norsira
Lisdawati sebagai Mak Salmah
Sahronizam Noor sebagai Dato’ Zahid

 

LAGU TEMA / OST
Naqio – Masih Ada

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Lana Analia memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna.

Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi.

Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya.

Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja.

Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.Lana penat dan hampir berputus asa.

Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya.

Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

 

Tonton Online Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Teaser Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan.

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 10 Mac 2021, Rabu-Sabtu, 9:00 malam selama 13 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *