Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (2021)

Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang bergenre romantik dan cinta pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya dan ramai lagi..

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Rindu Awak Separuh Nyawa
Episod : 40 Episod
Tarikh Tayangan : 23 Mac 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : Astro Ria
Pengarah : Jamal Khan, Along Kamaludin
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pelakon : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya

 

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Fizo Omar sebagai Aidil
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izudin
Norreen Iman sebagai Qistina
Fiza Thomas sebagai Sally
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Aleza Shadan sebagai Esah

 

LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini nanti

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan ‘Pak Ustaz‘ atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim.

Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati Nazril. Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar dan dia mengalami kecelakaan.

Bila mengetahui Kasih Maisara tidak dapat mengandung kesan kemalangan itu, Nazril Nazim terus mengambil keputusan untuk memperisterikan Kasih Maisara dengan tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura.

 

Tonton Online Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Teaser Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan.

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 23 Mac 2021, Isnin-Khamis, 10:00 malam selama  40 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *