Menarik Di ‘TV1’ Drama Cinta Untuk Raf (2021)
|Menarik Di ‘TV1’ Drama Cinta Untuk Raf (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV1 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?
Drama Cinta Untuk Raf yang bergenre keluarga dan cinta pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin, Shakira Stephen dan ramai lagi..
Menarik Di ‘TV1’ Drama Cinta Untuk Raf (2021)
Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..
Drama : Cinta Untuk Raf
Episod : 26 Episod
Tarikh Tayangan : 15 Februari 2021
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 3.05 petang
Saluran : TV1
Pengarah : Zek Zukry
Produksi : Open Echo Communications Sdn Bhd
Pelakon : Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin, Shakira Stephen
Watak Pelakon
Luqman Hafidz sebagai Raf
Sasqia Dahuri sebagai Dr Orked Huwaina
Tash Yong sebagai Humaira / Tasya / Inara
Badrul Muhayat sebagai Raza
Dilla Ahmad sebagai Aqilah
Mustaqim Bahadon sebagai Noah Sulaiman
Tina Rasid sebagai Nadirah
Zarynn Min sebagai Lily
Idris Md Diah sebagai Ariz
Ema Akma sebagai Zaharah
Melissa Campbell sebagai Dr Kim
Kristina Vinokree sebagai Sherena Mona
Dayana Jasmin sebagai Humairah 12 tahun
LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini nanti
Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf
Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..
Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf..
Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini..
Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti.
Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?
Tonton Online Drama Cinta Untuk Raf Full Episod
episod 1 | episod 2 | episod 3 | episod 4 | episod 5 |
episod 6 | episod 7 | episod 8 | episod 9 | episod 10 |
episod 11 | episod 12 | episod 13 | episod 14 | episod 15 |
episod 16 | episod 17 | episod 18 | episod 19 | episod 20 |
episod 21 | episod 22 | episod 23 | episod 24 | episod 25 |
episod 26 | episod 27 | episod 28 |
Teaser Drama Cinta Untuk Raf
Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan.
Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 15 Februari 2021, Isnin-Jumaat, 3.05 petang selama 26 episod..