Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Marry Me Senorita (2021)

Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Marry Me Senorita (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Marry Me Senorita yang bergenre romantik dan cinta pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Asha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin dan ramai lagi..

Drama Marry Me Senorita

Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Marry Me Senorita (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Marry Me Senorita
Episod : 20 Episod
Tarikh Tayangan : 2 Februari 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : Astro Ria
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Asha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin

 

Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Sofea Leia
Dini Schatzmann sebagai Isa Alehandro
Shaza Bae sebagai Rossa Arabella
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah
Yasmin Hani sebagai Ungku Marini
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Edora

LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini nanti

Drama Marry Me Senorita

Sinopsis Drama Marry Me Senorita

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu?

Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” – Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” – Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” – Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” – Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza.

Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” – Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” – Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

 

Tonton Online Drama Marry Me Senorita Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Marry Me Senorita

Teaser Drama Marry Me Senorita

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan.

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 2 Februari 2021, Isnin-Khamis, 10:00 malam selama  20 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *