Menarik Di ‘TV3’ Drama Takdir Yang Tertulis (2021)
|Menarik Di ‘TV3’ Drama Takdir Yang Tertulis (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?
Drama Takdir Yang Tertulis yang bergenre keluarga dan cinta pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan, Afidah Bee dan ramai lagi..
Menarik Di ‘TV3’ Drama Takdir Yang Tertulis (2021)
Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..
Drama : Takdir Yang Tertulis
Episod : 15 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Januari 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi : Radius One
Pelakon : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan, Afidah Bee
Watak Pelakon
Nazim Othman sebagai Azlan
Nad Zainal sebagai Juweta
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Isaac Iman sebagai Mika
Didie Alias sebagai Che Salmah
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Iman Suhana sebagai Ruzita
Muaz Fitri Maslan sebagai Hakim
LAGU TEMA / OST
Kaka Azaff – Karma..
Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis
Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..
Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya.
Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.
Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila.
Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.
Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.
Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?
Tonton Online Drama Takdir Yang Tertulis Full Episod
episod 1 | episod 2 | episod 3 | episod 4 | episod 5 |
episod 6 | episod 7 | episod 8 | episod 9 | episod 10 |
episod 11 | episod 12 | episod 13 | episod 14 | episod 15 |
episod 16 | episod 17 | episod 18 | episod 19 | episod 20 |
episod 21 | episod 22 | episod 23 | episod 24 | episod 25 |
episod 26 | episod 27 | episod 28 |
Teaser Drama Takdir Yang Tertulis
Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..
Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 21 Januari 2021, Isnin-Khamis, 10:00 malam selama 15 episod..
Kenali Nazim Othman Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis
Nazim Othman (lahir Nushrul Alif bin Othman; 16 September 1984) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada tahun 2008.
Memulakan kerjaya awal sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangka
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nazim Othman pernah bertugas sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia selama empat tahun.[1] Selepas meninggalkan kerjayanya di awan biru, Nazim mula berkecimpung dalam bidang lakonan. Penampilan televisyen pertamanya ialah menerusi peranan kecil dalam drama Frontpage
Pada tahun 2017, Nazim memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan merakamkan single pertama, “Kerana Cinta” hasil nukilan Hael Husaini. Ia dikeluarkan pada April 2017.
Nazim Othman dilahirkan di Labuan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.
Nazim disahkan menghidap ketumbuhan dibahagian otak pada Mac 2015. Sebelum membuat pendedahan mengenai penyakitnya, Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya.
Beliau berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun mengumumkan penceraian mereka pada 17 Mei 2018, WIKI..