Menarik Di ‘TV3’ Drama Rahimah Tanpa Rahim (2021)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Rahimah Tanpa Rahim (2021). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Rahimah Tanpa Rahim yang bergenre keluarga dan kasih sayang pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem, Kween Keela, Lana Nodin, Zalfa Zin dan ramai lagi..

Drama Rahimah Tanpa Rahim

Menarik Di ‘TV3’ Drama Rahimah Tanpa Rahim (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Rahimah Tanpa Rahim
Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 22 Januari 2021
Waktu Siaran : Isnin-Jummat, 7:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem, Kween Keela, Lana Nodin, Zalfa Zin

 

Watak Pelakon
Azlee Khairi sebagai Jauhar
Puteri Aishah sebagai Rahimah
Hafidz Roshdi sebagai Adli
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
Liza Abdullah sebagai Mak Ani
Amelina sebagai Puan Sakinah
Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
Sera Melissa sebagai Rozana
Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
Diana Dee sebagai Shidah
Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
Farhan Asri sebagai Idin
Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
Che Kem sebagai Tuan Firdaus

LAGU TEMA / OST
Lara – Hael Husaini, Naim Danial & Haqiem Rusli

Drama Rahimah Tanpa Rahim

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya.

Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini (Lizza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.

Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL).

Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah.

Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya.

Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.

Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung.

Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya.

Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.

Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?

 

Tonton Online Drama Rahimah Tanpa Rahim Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Rahimah Tanpa Rahim

Teaser Drama Rahimah Tanpa Rahim

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 22 Januari 2021, Isnin-Jummat, 7:00 malam selama 28 episod..

 

Kenali  Puteri Aishah Pelakon Drama Rahimah Tanpa Rahim

Puteri Aishah binti Sulaiman (Jawi: ڤوتري عايشه; lahir 6 Jun 1994)[1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2013/2014.[2] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Akulah Balqis (2015), Kahwin Muda (2016), Cinta Roller Coaster (2016), Raisha (2017) dan Selafaz Cinta (2018).

Puteri Aishah dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.[4] Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik, mempunyai diploma dalam jurusan Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai oleh Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Deeba Halil, Natrah Khalid, Mimi Lana, Fify Azmi dan Syamim Farid. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama Puteri Balqis dalam drama waktu perdana TV3, Akulah Balqis sebagai watak sampingan selepas diberi kepercayaan oleh Erma Fatima untuk membintangi drama tersebut.

Beliau merupakan salah seorang dari barisan pelakon drama Selafaz Cinta yang dibintangi bersama oleh Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin. Aishah memegang watak sebagai Liza Liyana, seorang pramugari.[12] Beliau memegang watak sebagai Anita dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Hafreez Adam dan Nina Iskandar, WIKI..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *