Menarik Di ‘TV3’ Drama Tak Sempurna Mencintaimu (2020)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Tak Sempurna Mencintaimu (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Tak Sempurna Mencintaimu yang bergenre keluarga dan romantik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Fendy Bakry, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Azza Elite, Lydia Saimon, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol dan ramai lagi..

Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Menarik Di ‘TV3’ Drama Tak Sempurna Mencintaimu (2020)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Tak Sempurna Mencintaimu
Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : Disember 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Fendy Bakry, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Azza Elite, Lydia Saimon, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol

 

Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Mustaqim
Intan Najuwa sebagai Siratul
Fendy Bakry sebagai Epul
Rita Nadira sebagai Melissa
Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
Aniq Suhair sebagai Safwan
Azza Elite sebagai Kak Siti
Ali Reza sebagai Kyle
Shah Khan sebagai Kuca
Scha Elinnea sebagai Mawardah
Naim Shamshol sebagai Rudy

LAGU TEMA / OST
Khai Bahar – Durja

Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu.

Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

“Kau sindir aku lagi, kan?” –MUSTAQIM

“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan” -SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa… Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

“Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu…” -MUSTAQIM

“Memang dasar orang gila!” -SIRATUL

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!” -SIRATUL

“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” -MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak… Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

“Kalau dia tu, pedang yang menghunus… saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan.” -SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa… Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

“You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul…” –MELISA

“Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga…” -SIRATUL

“Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau…” -MUSTAQIM

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.

Tonton Online Drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Teaser Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula Disember 2020, Isnin-Jumaat jam 7:00 malam selama 28 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *