Menarik Di ‘TV3’ Drama Sang Pewaris (2020)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Sang Pewaris (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Sang Pewaris yang bergenre keluarga dan romantik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin dan ramai lagi..

Drama Sang Pewaris

Menarik Di ‘TV3’ Drama Sang Pewaris (2020)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Sang Pewaris (2020)
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 26 November 2020
Waktu Siaran : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
Zamarul Hisham sebagai Mahmud
Ieda Moin sebagai Chesom
Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
Sheila Mambo sebagai Mak Bedah
Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
Harun Hashim sebagai Pak Samad
Wan Sharmila sebagai Malina
Fad Anuar sebagai Jamal
Mimi Ernida sebagai Zizi

LAGU TEMA / OST
akan di update nanti

Drama Sang Pewaris

Sinopsis Drama Sang Pewaris

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.
Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.
Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Tonton Online Drama Sang Pewaris Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Sang Pewaris

Teaser Drama Sang Pewaris

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 26 November 2020, Rabu-Jumaat, 9:00 malam selama 13 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *