Menarik Di ‘TV3’ Drama Beri Sedikit Waktu (2020)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Beri Sedikit Waktu (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Beri Sedikit Waktu yang bergenre keluarga dan romantik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir dan ramai lagi..

Drama Beri Sedikit Waktu

Menarik Di ‘TV3’ Drama Beri Sedikit Waktu (2020)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Beri Sedikit Waktu (2020)
Episod : 15 Episod
Tarikh Tayangan : 16 November 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir

Watak Pelakon
Aqasha sebagai Imran
Zara Zya sebagai Niya
Shahz Jaszle sebagai Farhan
Atikah Suhaime sebagai Haryani
Farisha Irwayu sebagai Sofia
Man Raja Lawak sebagai Nasir
Rayyan Iman sebagai Lukman
Ain Sufia sebagai Elly
Ummar Dzariff sebagai Imran
Aryana Amani sebagai Sofea

LAGU TEMA / OST
Azmi Saat – Tulus

Drama Beri Sedikit Waktu

Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.

Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya.

Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).

Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya.

Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.

Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik.

Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.

Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.

Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf.

Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya.

Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?

Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Beri Sedikit Waktu

Teaser Drama Beri Sedikit Waktu

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 16 November 2020, Isnin-Khamis, 10:00 malam selama 15 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *