Menarik Di ‘TV3’ Drama Lelaki Lingkungan Cinta (2020)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Lelaki Lingkungan Cinta (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bergenre komedi dan romantik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawwk, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzarif dan ramai lagi..

Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Menarik Di ‘TV3’ Drama Lelaki Lingkungan Cinta (2020)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Lelaki Lingkungan Cinta
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Oktober 2020
Waktu Siaran : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawwk, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Watak Pelakon
Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

LAGU TEMA / OST
Siti Nurhaliza – Siapa Tak Mahu

Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?

Tonton Online Drama Lelaki Lingkungan Cinta Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Teaser Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 21 Oktober 2020, Rabu-Jumaat jam 9:00 malam selama 13 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *