Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Perempuan Tanpa Dosa (2020)
|Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Perempuan Tanpa Dosa (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran astro ria tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?
Drama Perempuan Tanpa Dosa yang bergenre drama dan romantik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin dan ramai lagi..
Menarik Di ‘Astro Ria’ Drama Perempuan Tanpa Dosa (2020)
Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..
Drama : Perempuan Tanpa Dosa
Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : Astro Ria
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin
Watak Pelakon
Kamal Adli sebagai Rizal
Uqasha Senrose sebagai Lily
Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
Yusuf Bahrin sebagai Rahman
Hilal Azman sebagai Datuk Majid
Shaza Bae sebagai Yaya
Zac Zaky sebagai Eddie
Azza Elite sebagai Kak Shah
LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini
Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa
Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..
Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya.
Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan.
Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah.
Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman.
Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya.
Berjayakah Rizal?..
Tonton Online Drama Perempuan Tanpa Dosa Full Episod
Teaser Drama Perempuan Tanpa Dosa (2020)
Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..
Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 6 Oktober 2020, Isnin-Khamis jam 10:00 malam selama 28 episod..