Menarik Di ‘TV3’ Drama Pengantin Satu Malam (2020)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Pengantin Satu Malam (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Pengantin Satu Malam yang bergenre komedi dan romantik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof dan ramai lagi..

Menarik Di 'TV3' Drama Pengantin Satu Malam (2020)

Menarik Di ‘TV3’ Drama Pengantin Satu Malam (2020)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Pengantin Satu Malam
Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 17 Ogos 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : A10 Alliance Sdn Bhd
Pelakon : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu

 

Watak Pelakon
Nazim Othman sebagai Zahred Hadri
Amelia Henderson sebagai Zulaikha Nasreen
Fizo Omar sebagai Rasul Fadlan
Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana
Mustapha Kamal sebagai Zakaria
Susan Manen sebagai Asiah
Edika Yusof sebagai Dato Haris
Sharifah Shahora sebagai Datin Asyikin
Norish Karman sebagai Tun Roziah
Farisha Irwayu sebagai Datin Sri Hartina

LAGU TEMA / OST
Akan dikemaskini

Drama Pengantin Satu Malam

Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Zahred Hadri yang membenci wanita dan Zulaikha Nasreen yang terdesak.

Zahred ketawa sinis.

“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.

Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.

Zahred diam seketika.

Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.

“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”

“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”

Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.

“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”

Satu malam yang merubah segalanya…

Antara nyawa si emak dan maruah diri…

Tonton Online Drama Pengantin Satu Malam Full Episod

episod 1 episod 2 episod 3 episod 4 episod 5
episod 6 episod 7 episod 8 episod 9 episod 10
episod 11 episod 12 episod 13 episod 14 episod 15
episod 16 episod 17 episod 18 episod 19 episod 20
episod 21 episod 22 episod 23 episod 24 episod 25
episod 26 episod 27 episod 28

Drama Pengantin Satu Malam

Teaser Drama Pengantin Satu Malam

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 17 Ogos 2020, Isnin-Jumaat jam 7:00 malam selama 28 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *