Menarik Di ‘TV3’ Drama Bukan Gadis Biasa (2020)
|Menarik Di ‘TV3’ Drama Bukan Gadis Biasa (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?
Drama Bukan Gadis Biasa yang bergenre drama dan keluarga pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia, Ako Mustafa dan ramai lagi..
Menarik Di ‘TV3’ Drama Bukan Gadis Biasa (2020)
Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..
Drama : Bukan Gadis Biasa
Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 23 April 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah :Â
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan
Watak Pelakon
Ayda Jebat sebagai Johana
Remy Ishak sebagai Rayyan
Nazim Othman sebagai Amer
Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
Ozlynn Waty sebagai Juliana
Chacha Maembong sebagai Hanim
Mas Khan sebagai Amirul
Idzham Ismail sebagai Bun
Zarul Husin sebagai Suffian
Ako Mustafa sebagai Pak Ya
Shajiry sebagai Bruno Din
Heryanto Hassan sebagai Raja Muzaffar
Lia Natalia sebagai Ujah
Zalfa Zin sebagai Suraya
Ashhry Atan sebagai Azim
LAGU TEMA / OST
Angkara – Aisha Hanim
Satu – Zulhilmi
Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 2
Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..
Johana berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya.
Amirul, jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan.
Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah.
Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama.
Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dengan Johana.
Tonton Online Drama Bukan Gadis Biasa Full Episod
Teaser Bukan Gadis Biasa
Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..
Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 23 April 2020, Isnin-Jumaat jam 7:00 malam selama 28 episod..