Menarik Di ‘UNIFI TV’ Drama Superhero Hati

Menarik Di ‘UNIFI TV’ Drama Superhero Hati. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran Salam HD Unifi TV tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Superhero Hati yang bergenre adaptasi novel pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot sedih dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Amar Asyraf, Ezzaty Abdullah, Nafiez Zaidi, Hanna Qistina, Raja Azmi, Aisya Hasna, Nafiez Zaidi, Khalida Balqis, Umar Dzarif, Aishah Atan, Dilla Ahmad dan ramai lagi..

Menarik Di ‘UNIFI TV’ Drama Superhero Hati

Menarik Di ‘UNIFI TV’ Drama Superhero Hati

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Superhero Hati
Episod : 13 episod
Tarikh Tayangan : 3 Januari 2020
Waktu Siaran : Jumaat, 6:00 petang
Saluran : Salam HD (Unifi TV)
Pengarah : Rusdi Ramli
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
Pelakon : Amar Asyraf, Ezzaty Abdullah, Nafiez Zaidi, Hanna Qistina, Raja Azmi, Aisya Hasna, Nafiez Zaidi, Khalida Balqis, Umar Dzarif, Aishah Atan, Dilla Ahmad

Watak Pelakon
Amar Asyraf sebagai Akasyah Alimin
Nafiez Zaidi sebagai Wan Daniel
Ezzaty Abdullah sebagai Dahlia Suhana
Umar Dzarif sebagai Adam Zakwan
Raja Azmi sebagai Hajah Fauziah
Aishah Atan sebagai Datin Faridah
Puteri Ateeqah Ayu sebagai Suraya
Hanna Qistina sebagai Zaza
Dilla Ahmad sebagai Sarimah

Lagu Tema : Akan dikemasini nanti

Menarik Di ‘UNIFI TV’ Drama Superhero Hati

Sinopsis Superhero Hati

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Akasyah Alimin, dia duda terhangat idaman wanita. Kehilangan isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seorang yang menyendiri. Masanya hanya dihabiskan pada kerja dan pesakit-pesakitnya. Sehingga dia tidak sedar, perbuatannya ini mengundang rasa kecewa di hati si kecil bernama Adam. Satu-satunya permata hati peninggalan arwah Zahida.

“Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janji. Abah kata nak datang awal… tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama… tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah.” – Adam

Dahlia Suhana. Kenangan cinta monyet itu tak pernah dilupakan. Walau telah bertahun lamanya, lelaki pertama yang pernah dicintai dalam diam itu tetap bernafas dalam hati. Meski dirinya merupakan tunangan orang, namun si dia juga yang dinanti.

Wan Daniel, dia kasanova terhebat. Tak pernah kekal dengan mana-mana wanita. Baginya cinta ibarat menukar baju. Tak perlu kekal lama. Siapa sangka, hatinya tunduk pada seorang gadis gemuk yang comel. Berbagai usaha dilakukan sehingga dia berjaya meraih hati si gadis pujaannya itu. Namun, satu pertemuan, merubah segala-galanya.

“Saya dah lama cintakan awak. Sejak kita di bangku sekolah. Cuma saya tak berani nak luahkan isi hati saya masa tu.” – Akasyah Alimin. “Kenapa mesti ada pertemuan dan perpisahan? Sungguh…

Aku tak suka semua ni!” – Dahlia Suhana. “Mungkin memang dah takdir hidup awak bersama dia dan bukannya saya. Apa pun keputusan awak, saya terima dengan hati terbuka.

Cuma saya nak awak tahu, awak satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hati saya untuk berumah tangga.” – Wan Daniel.

Suhana keliru. Siapa yang harus dipilih? Antara si doktor dan si juruterbang? Atau perlukah dia terus menguburkan perasaannya sendiri demi kebaikan semua orang? Benar, kisah cinta tak seharusnya berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. Takdir Allah itulah yang terbaik.

Menarik Di ‘UNIFI TV’ Drama Superhero Hati

Teaser Drama Superhero Hati

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 3 Januari 2020, Jumaat jam 6.00 petang selama 13 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *