Menarik Di ‘TV3’ Drama Seadanya Aku

Menarik Di ‘TV3’ Drama Seadanya Aku. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Seadanya Aku yang bergenre romantik dan adaptasi novel pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot sedih dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad
dan ramai lagi..

Menarik Di ‘TV3’ Drama Seadanya Aku

Menarik Di ‘TV3’ Drama Seadanya Aku

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Seadanya Aku
Episod : – episod
Tarikh Tayangan : 15 Januari 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Country Universal Sdn Bhd
Pelakon : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad

Watak Pelakon
Zara Zya sebagai Aufiya
Azlee Khairi sebagai Zarul
Elvina Mohamad sebagai Wina
Dayana Roza sebagai Zureen
Redza Rosli sebagai Taufik
Sharifah Husna sebagai Eliza
Fadlan Hazim sebagai Hadi

Lagu Tema : Akan dikemasini nanti

Menarik Di ‘TV3’ Drama Seadanya Aku

Sinopsis Seadanya Aku

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka..

Menarik Di ‘TV3’ Drama Seadanya Aku

Teaser Seadanya Aku

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 15 Januari 2020, Isnin-Jumaat jam 7.00 malam selama ??? episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *