Menarik Di ‘TV2’ Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020)

Menarik Di ‘TV2’ Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020). Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV2 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020) yang bergenre drama dan keluarga pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria dan ramai lagi..

Menarik Di 'TV2' Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020)
Menarik Di ‘TV2’ Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020)

Menarik Di ‘TV2’ Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Hot Chocolate & Tea Lady (2020)
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 29 Januari 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 8:30 malam
Saluran : TV2
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Produksi : Filmer Network Distribution Sdn Bhd
Pelakon : Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria

Watak Pelakon
Nafiez Zaidi sebagai Adam Aiman
Afifah Nasir sebagai Shaza Amira
Farah Wahida sebagai Elsa
Ungku Hariz sebagai Zafreil
Kay Maria sebagai

Lagu Tema : Akan Dikemaskini Nanti

Menarik Di 'TV2' Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020)
Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020)

Sinopsis Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020)

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat.

Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.

Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil.

Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!

Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?

Menarik Di 'TV2' Drama Hot Chocolate & Tea Lady (2020)
Hot Chocolate & Tea Lady

Teaser Drama Hot Chocolate & Tea Lady

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 29 Januari 2020, Isnin-Khamis jam 8:30 malam selama 13 episod..

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *