Menarik Di ‘TV2’ Drama Di Hujung Ranting

Menarik Di ‘TV2’ Drama Di Hujung Ranting. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV2 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Di Hujung Ranting yang bergenre romantik komedi pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot lucu dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Nad Zainal, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Umar Dzariff , Aishah Atan, Aida Khalida , Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Arash Mohd, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Jovi Heng, Joyce Harn dan ramai lagi..

Menarik Di 'TV2' Drama Di Hujung Ranting

Menarik Di ‘TV2’ Drama Di Hujung Ranting

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Di Hujung Ranting
Episod : 13 episod
Tarikh Tayangan : Ramadan 2020
Waktu Siaran : Jumaat-Ahad, 7:00 malam
Saluran : TV2 (RTM)
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
Pelakon : Nad Zainal, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Umar Dzariff , Aishah Atan, Aida Khalida , Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Arash Mohd, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Jovi Heng, Joyce Harn

Watak Pelakon
Nad Zainal sebagai Mawar
Shukri Yahaya sebagai Amar
Dayang Areeda sebagai Fatin
Amar Asyraf sebagai Hakim
Ummar Dzariff sebagai Amar Hakimi
Afzan A Rahman sebagai Helmi
Silfeny Osman sebagai Syuhadah

Lagu Tema : Akan dikemasini nanti

Menarik Di 'TV2' Drama Di Hujung Ranting

Sinopsis Di Hujung Ranting

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mawardah dipertemukan dengan Amar dalam satu kemalangan kecil. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.

Menarik Di 'TV2' Drama Di Hujung Ranting

Teaser Di Hujung Ranting

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula ramadan 2020, Jumaat-Ahad jam 7.00 malam selama 13 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *