Menarik Di ‘TV1’ Drama I Love You Cikgu

Menarik Di ‘TV1’ Drama I Love You Cikgu. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV1 tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama I Love You Cikgu yang bergenre romantik komedi pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot lucu dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Sean Lee, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo , Lavin Seow, Taufiq Izmir dan ramai lagi..

Menarik Di 'TV1' Drama I Love You Cikgu

Menarik Di ‘TV1’ Drama I Love You Cikgu

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : I Love You Cikgu
Episod : 13 episod
Tarikh Tayangan : 3 Januari 2020
Waktu Siaran : Jumaat-Ahad, 7:00 malam
Saluran : TV1 (RTM)
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd
Pelakon : Sean Lee, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo , Lavin Seow, Taufiq Izmir

Watak Pelakon
Sean Lee sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman
Hanna Aqeela sebagai Sara Raihana
Aidil Aziz sebagai Farid
Nisha Dirr sebagai Lina
Sura Sojangi sebagai Cikgu Norita
Joyce Harn sebagai Lee Fong

Lagu Tema : Akan dikemasini nanti

Menarik Di 'TV1' Drama I Love You Cikgu

Sinopsis I Love You Cikgu

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman.

Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman?

Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?

Menarik Di 'TV1' Drama I Love You Cikgu

Teaser I Love You Cikgu

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 3 Januari 2020, Jumaat-Ahad jam 7.00 malam selama 13 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *