Menarik Di ‘ASTRO’ Program Dansa Dan Sing

Menarik Di ‘ASTRO’ Program Dansa Dan Sing. Pastinya ada tertunggu-tunggu progtam terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV2 tidak lama lagi. Apakah program itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Program Dansa Dan Sing yang berunsurkan elemen dinamik seni tari dan nyanyian digabungkan dalam satu persembahan yang menarik pastinya menarik penonton yang mengemarinya. Guru tari dan koreografer, Linda Jasmine Hashim serta pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim tampil menjadi juri tetap musim pertama, disertakan sekali dengan juri jemputan setiap minggu. Hos program Sherry Al Hadad..

Menarik Di 'ASTRO' Program Dansa Dan Sing

Menarik Di ‘ASTRO’ Program Dansa Dan Sing

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Program : Dansa Dan Sing
Episod : 8 Minggu
Tarikh Tayangan : 5 Januari 2020
Waktu Siaran : Ahad, 9:00 malam
Saluran : Astro Ria(104), Ria HD(123)
Pengarah : Emarina Mohd Kamal
Produksi : Astro
Artis : Sherry Al Hadad, Linda Jasmine Hashim, Datuk Rizalman Ibrahim, Arja, Atilia Haron & Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani, Kayrie, WARIS dan Harris Baba..

Senarai Peserta
Arja
Atilia Haron & Yasmin Hani
Chubb-E
Nik Qistina
Raja Syahiran
Shiha Zikir
Sophia Liana
Wani Kayrie
WARIS
Harris Baba

Lagu Tema : Akan dikemasini nanti

Menarik Di 'ASTRO' Program Dansa Dan Sing

Info Program Dansa Dan Sing

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, format penjurian adalah 70 peratus tarian dan 30 peratus nyayian, manakala kedudukan tiga terbawah akan ditentukan oleh pengundian penonton.

“Jadi ada dua iaitu undian penonton dan undian juri. Undian penonton menentukan siapa bottom three bottom three itu kita ambil dari markah juri pula. Siapa yang mendapat markah terendah dari juri akan disingkirkan,” katanya semasa ditemui Astro AWANI selepas pelancaran dan sidang media program Dansa Dan Sing di sini Selasa.

Pemilihan Datuk Rizalman sebagai juri tetap juga dibuat memandangkan beliau adalah pilihan tepat yang bukan sahaja menjurus kepada nyayian dan tarian tetapi juga secara keseluruhannya terutama melibatkan penampilan peserta.

“Ia sebenarnya sebuah koreografer untuk semua termasuk dari segi pemakaian dan sebagainya. Jadi pemilihan beliau sebagai juri adalah tepat,” jelasnya.
Setiap peserta yang bertanding turut diiringi koreografer dan kru tarian atau troopers pilihan masing-masing.

Program Dansa Dan Sing akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Klip sedutan aktiviti perkembangan peserta ketika persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian Kapsul Dansa Dan Sing setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang bermula 30 Disember ini.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing bakal disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad jam 9 malam bermula 5 Januari depan.
Dansa Dan Sing akan dihoskan Sherry Al Hadad dan seorang lagi selebriti yang menjadi pengacara bersama.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro

Tempat kedua RM50,000, ketiga RM25,000, keempat RM10,000 dan kelima RM5,000 berserta trofi. (Sumber Astrowani)

Menarik Di 'ASTRO' Program Dansa Dan Sing

Teaser Program Dansa Dan Sing

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan program ini bermula 5 Januari 2020, Ahad jam 9.00 malam selama 8 minggu..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *