Menarik Di ‘ASTRO’ Drama Chandelier

Menarik Di ‘ASTRO’ Drama Chandelier. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran MegaDrama Astro Ria tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Drama Chandelier yang bergenre drama dan romantik pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Mimi Lana, Ben Amir dan ramai lagi..

Menarik Di 'ASTRO' Drama Chandelier

Menarik Di ‘ASTRO’ Drama Chandelier

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

DramaChandelier
Episod : 20 Episod
Tarikh Tayangan : Januari 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis jam 10:00 malam
Saluran : Slot MegaDrama Astro Ria
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Michael Ang
Pelakon : Mimi Lana, Ben Amir

Watak Pelakon
Mimi Lana sebagai Keisha Edlina
Ben Amir sebagai Kaef

Lagu Tema : Akan Dikemaskini nanti

Menarik Di 'ASTRO' Drama Chandelier

Sinopsis Chandelier

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Versi novel. Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina.

Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.
Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

“Keisha….” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah.

Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.

“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”

“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.
Keisha… I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian… tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan

Menarik Di 'ASTRO' Drama Chandelier

Teaser Drama Chandelier

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Akan dikemaskini

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula Januari 2020, Isnin-Khamis jam 10.00 malam..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *