Menarik Di ‘ASTRO CERIA’ Telefilem The Hantus

Menarik Di ‘ASTRO CERIA’ Telefilem The Hantus. Pastinya ada tertunggu-tunggu telefilem terbaru yang akan ditayangkan di saluran Astro Ceria tidak lama lagi. Apakah telefilem itu dan siapakah yang menjadi pelakonnya ?

Telefilem The Hantus yang bergenre komedi dan seram pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot lucu dan bersahaja. Telefilem ini dilakonkan oleh Faizal Hussein, Alif Satar, Hannah Delisha dan Khatijah Tan dan ramai lagi..

Menarik Di ‘ASTRO CERIA’ Telefilem The Hantus

Menarik Di ‘ASTRO CERIA’ Telefilem The Hantus

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Telefilem : The Hantus
Episod : 1 episod
Tarikh Tayangan : 5 Januari 2020
Waktu Siaran : Ahad, 9:00 malam
Saluran : Astro Ceria
Pengarah : Nabil Ahmad, Helmi Yusof
Produksi : Nabil Ahmad
Pelakon : Faizal Hussein, Alif Satar, Hannah Delisha dan Khatijah Tan

Watak Pelakon
Faizal Hussein
Alif Satar
Hannah Delisha
Khatijah Tan

Lagu Tema : Pesta Muda Mudi” oleh Kugiran Masdo

Menarik Di ‘ASTRO CERIA’ Telefilem The Hantus

Sinopsis The Hantus

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Dimulakan dengan Bab 1 yang menceritakan tentang kisah individu yang dilahirkan pekak dan bisu bernama ‘Din Pekak’. Dia yang bekerja sebagai pemandu bas ekspres terlibat dalam satu kemalangan ngeri ketika membawa penumpang dari Genting Highlands melalui Lebuhraya Karak.

Kemalangan itu menyebabkan semua penumpang termasuk pemandu terkorban di tempat kejadian kecuali Fami (lakonan Alif Satar). Fami ‘terjaga’ dalam keadaan berlumuran darah, lalu mendaki bukit menuju ke jalan besar untuk meminta bantuan

Bab 2 pula menampilkan kisah ‘Abang Volkswagen Kuning’. Fami yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi berusaha melambai tangan dan menjerit meminta bantuan kereta-kereta yang memandu melepasi lebuhraya tersebut, namun tiada satu pun yang berhenti untuk membantu.

Sehinggalah sebuah Volkswagen Kuning berhenti di bahu jalan, menghampiri Fami. Pemandu Volkswagen Kuning tersebut (lakonan Faizal Hussein) adalah jelmaan atau hantu, namun Fami tidak menyedarinya. Sama seperti dia tidak menyedari yang kini dia berada di ‘persimpangan’ di antara dua kehidupan; dunia sebenar dan alam barzakh.

Abang Volkswagen kemudiannya membawa Fami ke satu tempat dan memperkenalkan ‘Kak Pon’ atau Pontianak (lakonan Khatijah Tan). Bab 3 menceritakan momen gembira Fami bersama ‘rakan-rakan’ barunya ini di sebuah taman tema terbiar, “Taman Mimaland” (taman tema pertama di Malaysia yang ditutup pada 1994 kerana dikatakan berhantu).

Di situ (Bab 4), Fami berkenalan dengan ‘Dhiya’ (lakonan Hannah Delisha). Sebelumnya, Dhiya terlibat dalam kemalangan tragik dan mengalami kematian otak. Fami mula menyukai Dhiya dan mereka kemudiannya jatuh cinta.

Entah kenapa, Fami dan Dhiya perlu sentiasa bersama kerana Dhiya dilihat akan jatuh pengsan setiap kali Fami berada jauh darinya. Fami juga kerap diserang sakit di bahagian hatinya, tanpa sebarang sebab.

Bab 5 pula menyorot kembali kisah Fami sendiri dan bagaimana dia boleh berada di dalam bas ekspres yang dipandu Din Pekak sehingga terlibat dalam kemalangan dan terjatuh ke dalam gaung, sehingga bermulalah ‘perjalanan misteri’ tersebut. Kredit hmetro..

Menarik Di ‘ASTRO CERIA’ Telefilem The Hantus

Teaser Telefilem The Hantus

Berikut dikongsikan teaser telefilem tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan telefilem ini bermula 5 Januari 2020, Sabtu jam 9.00 malam..

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *