Menarik Di ‘TV Okey’ Drama Dia Adelia

Menarik Di ‘TV Okey’ Drama Dia Adelia. Pastinya ada tertunggu-tunggu drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV Okey tidak lama lagi. Apakah drama itu dan siapakah yang menjadi pelakon tersebut ?

Drama Dia Adelia yang bergenre romantik komedi pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot lucu dan bersahaja. Drama ini dilakonkan oleh Eyka Farhana, Fadlan Hazim, Azrel Ismail dan ramai lagi..

Menarik Di 'TV Okey' Drama Dia Adelia

Menarik Di ‘TV Okey’ Drama Dia Adelia

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Dia Adelia
Episod : 13 episod
Tarikh Tayangan : 30 Disember 2019
Waktu Siaran : Isnin-Ahad, 10:00 malam
Saluran : TV Okey (RTM)
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Eyka Farhana, Fadlan Hazim, Azrel Ismail, Liza Abdullah, Riz Amin, Azar Azmi, Amyza Aznan

Watak Pelakon
Eyka Farhana sebagai Adelia
Fadlan Hazim sebagai Irhan

Lagu Tema : Laki Laki – Eyka Farhana

Menarik Di 'TV Okey' Drama Dia Adelia

Sinopsis Drama Dia Adelia

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Episod 1
Gina rimas dengan sikap Irhan yang terlalu cerewet dan terlalu menjaga imej serta penampilannya.

Episod 2
Dia Adelia mula mempromosi pakej pelancongan yang ditawarkan pihaknya sebagai cara untuk mencari pendapatan tambahan, Sementara itu, Irhan semakin resah apabila Gina tidak menjawab mesej dan panggilannya.

Episod 3
Irhan terus memujuk ibunya, Datin Rania agar membenarkan beliau bercuti dengan Gina. Walau bagaimanapun Datin Rania tetap dengan keputusannya tidak membenarkan Irhan bercuti bersama Gina.

Episod 4
Irhan memutuskan untuk menenangkan fikiran dengan bercuti ke UK berseorangan dan juga sebagai bukti yang beliau mampu berbuat demikian. Datin Rania mula risau kerana Irhan tidak pernah berjauhan dengannya.

Episod 5
Gina sering meminta bantuan Refal apabila keretanya rosak dan Irhan tersalah anggap tentang situasi yang berlaku. Irhan menuduh Refal sebagai ‘musuh dalam selimut’.

Episod 6
Irhan memaklumkan pada Datin Rania yang beliau telah tiba di destinasi percutian. Ibunya sempat meninggalkan pelbagai pesanan buat Irhan.

Episod 7
Irhan memarahi Adelia kerana beliau pengsan selepas dibawa ke kawasan pelancongan yang agak seram dan menakutkan. Adelia menyalahkan dirinya namun Razlan segera menenangkan Adelia.

Teaser Drama Dia Adelia

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 30 Disember 2019, Isnin-Ahad jam 10.00 malam selama 13 episod..

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *